Assalamualaikum semua. Hari ini aku rasa akan jadi satu lagi hari yang cukup bersejarah dalam hidup aku. Akan membawa seriba satu maksud yang tersendiri. Hari ni ada beberapa tragedi yang berlaku dalam hidup aku.
First, datuk saudara aku meninggal. Lebih kurang 6 tahun arwah menghidap kanser prostat, dan hari ni,tepat jam 12.30 tengahari, dia pergi meninggalkan kami. Sejarah hidup arwah yang aku kenali, dia seorang pendiam, seorang businessman yang disegani satu ketika dulu sebelum zaman kejatuhan arwah.
Aku rasa hari ni macam sangat sangat indah Tuhan jadikan. Sebab segalanya seperti satu rancangan menarik dari Tuhan. Dari saat arwah menghembuskan nafas dengan tenang, sehinggalah saat arwah selamat disemadikan. Segalanya berlaku dengan penuh kesempurnaan bagi aku.
Cuaca pula sangat elok, tidak hujan dan tidak pula terlalu panas. Angin sepoi sepoi bahasa dan kebetulan,hari ini adalah hari Jumaat dan kita berada di bulan Ramadhan. Sangat indah kan ?
Aku doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Okay,berbalik kepada tragedi seterusnya. Haha,ni aku nak gelak sikit lah sebab agak memalukan. Okay, bermula jam 12 tengahari bila aku pergi ke rumah arwah,berpakaian baju kurung, sampai je kat sana, sibuk la menolong apa yang patut dan tak ketinggalan sedekah bacaan Yassin.
But suddenly, around 4 pm, aku tersedar yang aku datang bulan. lol ! So, memang rasa tak selesa, dengan keadaan rumah yang crowded dan keadaan aku yang memang takde sebarang "spare-part". So nak tak nak aku terpaksa tahankan aje.
Mula-mula tu memang okay,takde la heavy flow sangat, but then around 5, masa nak pergi tanam, dah heavy flow. So aku decide nak stay kat rumah je memandangkan tak elok ke kubur bila sedang period. Tapi apakan daya, takkan aku ditinggalkan keseorangan kan ? So, aku pergi la ikut sekali. Waktu tu dah ada dah leakage sikit kat kain aku. So aku decide untuk berdiri je sepanjang masa kat kubur tu.
Dari waktu tanam sampai lah ke waktu bacaan talkin, aku berdiri sedangkan semua orang lain duduk. So waktu tu, lebih kurang dah half-way bacaan talkin tu, aku start rasa nak pitam. Perkara pertama aku buat, aku tengok kuku jari aku, pucat. Dah takde langsung pink kat kuku. So aku decide untuk duduk.
Sedang elok je aku duduk, terus pusing-pusing kepala, dan terus aku gelap mata. Rasa macam nak baring je kat situ. But then ada second-cousin aku yang datang offer untuk hantar aku balik, tapi aku tak dapat nak berjalan since nak buka mata pun tak boleh. Nak tak nak, aku tunggu talkin habis, dan terus parents aku angkut bawak balik rumah.
Malu tak payah cerita la, dengan baju yang penuh dengan kesan kesan leakage tu, dengan muka pucat giler dan berserta muntah di tanah perkuburan,memang tragedi.

No comments:
Post a Comment