CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 17

Kisah Kita : The 1st Date (2009)

Selepas berbulan-bulan berhubung hanya melalui telefon. Akhirnya B dan A sepakat ingin bertemu.

"Sayang.bangun.pergi mandi. Malam ni kita jumpa.."
"Haaaa ?"

Panggilan telefon ketika sedang tidur petang membuatkan B tidak keruan.

Berdebar, Tuhan saja yang tahu. Bertahun-tahun tidak berjumpa,entah macam mana agaknya. waktu itu A sambung belajar di Pekan, sedangkan B berada di Kota Bharu. A sanggup ulang alik setiap minggu atau setiap dua minggu untuk bertemu. Pertemuan pertama,sudah cukup terasa indah.

A-"Kita nak jumpa kat mana ? Tunggu kat CIMB Bank okay ?"
B-"Okay"
B-"Dah nak sampai"
A-"Dah ada kat sini."

Sudah ternampak kelibat A. Bertubuh gempal. Tinggi. Takut pada mulanya. Berbaju Nike berlengan panjang. Sandal putih dan berseluar Levis. Simple. Di tangan, sebatang rokok sudah tinggal separuh. Tersenyum B melihat A,yang langsung tak perasan B sudah ada di depan mata. Lantas B menghampiri, menyiku perut A,sebenarnya waktu itu,B tak tahu macam mana nak tegur.Sebab nak buang gugup,menyiku la jawabnya. Dialog pertama :

A- "Aduh"- sambil tangan usap usap kepala B. 
B- "Padan muka, sape suruh tak perasan" - Sambil gelak dan betulkan tudung yang dah senget.
A- "Jum pergi makan, kita pergi The Ship"
B- "Okay,ikut aje"

Saat berjalan seiringan, terdengar ketawa kecil dari A.

"Pendek rupanya bini abang"

Masih sempat dia mengutuk. Saat mereka melintas jalan, kemas dicapai jemari B, di kawal geraknya supaya tidak tertinggal di belakang.

A- " Alah,renovate pulak. Jum lah,kita cari tempat lain."
B- " Okay,tapi jangan balik lewat"
A- " Kita pergi Noodle Station lah"
B- "Okay"

Masih di ingat ketika itu. saat sampai di sana, tidak banyak kelibat pelanggan kelihatan. Sudah lewat mungkin. Lantas kedua mereka memesan. Kuey Teow Goreng dan Kuey Teow Ladna. Waktu menunggu hidangan agak lama. Waktu itu dihabiskan dengan memandang mata masing masing. Kelu tidak bersuara tatkala itu. Saling berpandangan dah hanya mampu mengukir senyuman. Manis. Indah.

Tidak lama kemudian, hidangan tiba. Sungguh tidak seperti di jangka. Hidangan tidaklah sesedap mana. Namum B dipaksa untuk habiskan. Teringat, A mengupas udang untuk B. Manis. Romantik. Di pindahkan semua seafood dari pinggannya ke dalam pinggan B. Alergik katanya. B hanya mampu tersenyum bahagia.

Selesai makan, berjalan pulang bagaikan satu perjalanan yang singkat. Sekejap saja dah sampai. Rasa kelu lidah untuk berkata-kata. Hati seakan pilu nak lepaskan pegangan tangan. Tapi A dah janji, lepas ni akan selau jumpa lagi. Dihantarnya B ke muka pintu. Lambaian terakhir itu menjadi mimpi B malam itu. Bahagia. Indah.

No comments:

Post a Comment