awak cakap saya segalanya.
awak cakap awak tak nak yang lain.
awak cakap awak tak mampu teruskan tanpa saya.
saya tahu,itu silap awak,pergi kepada dia sedangkan kita belum berakhir.
saya tahu,itu silap awak,tak mahu lepaskan dia,sedangkan awak hanya ingin saya.
saya nak awak tahu,apa pun yang awak buat.
tolonglah beri penjelasan kepada dia.
dia berhak tahu,kalau dia itu cuma pengganti sewaktu saya tiada.
saya terkilan,kenapa awak perlu lengahkan waktu ?
sebab awak tahu saya tunggu ?
Afiq,awak silap.
kali ni saya dah tak menunggu.
awak terlambat dan awak akan terlepas.
saya dah buat keputusan,awak mungkin kehilangan saya.
saya tahu,awak masih mencuba.
awak masih mahu selamatkan.
tapi tolonglah faham. saya dah penat bertahan.
sekarang semuanya saya berserah.
ada atau tidak,saya berserah.
hakikatnya antara kita pernah ada satu perasaan yang tak boleh diungkap.
dan semua tu akan jadi kenangan terindah dalam hidup kita.
impian kita,impian awak,impian saya.
biarkan ia terkubur.
dan nanti satu masa,andai sudah takdirNya,
kita pasti bersatu.
ingat,kita merancang,
Tuhan tentukan.
maaf Afiq,kali ini awak dah terlambat.
pujukan awak mungkin dah tak berbisa.
kita tunggu saja aturan Ilahi buat kita.
apa saja yang pernah ada antara kita,
tak pernah berubah buat saya.
perasaan,kenangan dan impian.
tetap akan saya pegang sampai bila-bila.
saya berpegang pada lirik ini.
"tak semudah yang kita impikan,tak semudah yang kita janjikan,kerana kau isteriku."
Wednesday, August 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment