Waktu itu dah pertengahan tahun,seorang budak perempuan,B kelihatan agak sedih kerana terpaksa berpindah sekolah.Mana taknya,baru je setahun di baru,sudah mahun pindah..Ini dah sekolah ketiga..jauh pulak tu,sampai ke daerah lain,entah ke ceruk mana..
Perjalanan ke sekolah baru agak lama,keadaan rumah baru,biarpun kuarters guru,tak sama macam rumah lama,tapi terpaksa,si ibu dah ditukarkan ke sana..Hari pertama sekolah,B rasa seronok,sekolahnya ada dua sesi dan dia dapat sesi petang..maknanya pagi dapat la tengok kartun..manakala si abang,terpaksa la sekolah sesi pagi macam biasa..adik pulak,masih kecil,hantar ke rumah pengasuh..Sampai je di sekolah,semua orang tengok si B dengan pandangan pelik,manakan tidak,orang lain uniform biasa tapi si B,uniform warna merah..start dr tu,famous la sekejap,budak baru baju pelik..
Hari tu jugak,si B ditempatkan di kelas pertama,tahun 3 Merah..dalam ramai-ramai orang tu,si B ternampak seorang budak lelaki..montel,putih..A namanya..tapi tak kawan rapat pun..Dalam seminggu,si B dah mula ada kawan,biasa la,budak baru selalunya susah nak bergaul,tapi akhirnya ramai yang nak berkawan..Walaupun si B tu masuk sekolah tu bulan 5,tapi pelajaran x pernah ketinggalan..sedikit culture shock ada sebab tak biasa lagi duduk jauh dari family-family kat daerah lg satu,tapi Alhamdulillah,berjaya jugak akhirnya..
Bila dah nak habis tahun,keputusan peperiksaan dah dikeluarkan.si B dapat masuk kelas pertama lagi tahun depan..dan perasaan seronok dah mula ada,sebab tahun depan,dah tak perlu pakai baju pelik warna merah..
(...to be continued..)

No comments:
Post a Comment