Salam,setelah lebih sebulan,akhirnya hari ini dia datang jumpa aku..tapi akhirnya tak seperti yang aku harapkan..dia call,tapi sekadar call dan langsung tak menjernihkan segala masalah yang ada..aku tertanya,selama lebih sebulan aku tunggu,ini je yang aku dapat ? tak berbaloi langsung bagi aku sedangkan aku rasa aku layak dapat penjelasan yang sepatutnya..
Di dasar hati,aku sedikit lega..at least macam yang aku pernah cakap,selama mana masa yang dia ambik untuk datang jumpa aku,selama tu jugak aku prepare untuk kehilangan dia..Barangkali sebab dah sebulan lebih aku tak jumpa dan aku renggang dengan dia,aku boleh terima kalau jodoh aku bukan dengan dia..even tadi dia nak aku balik,tak mungkin..lantang aku katakan kat dia,aku dah tawar hati..mungkin bagi dia,semua tu alasan aku merajuk..tapi sungguh,aku rasa betul-betul tawar hati..aku pegang satu,kalau jodoh aku,tak ke mana..jadi aku rasa,ada baiknya aku stop kat sini..tak perlu pertahankan apa-apa kerana aku dah cuba,dah terbukti apa yang aku pertahankan tu,bukan untuk aku,pada waktu sekarang ni..
Aku tak berani jamin apa-apa untuk masa depan..andai jodoh aku dengan orang lain,aku terima dan andai dia datang,sebagai jodoh aku,aku tak mampu tolak..sekali lagi,aku tegaskan,aku tunggu dan takkan cari..setelah aku fikir,betul cakap semua orang,perjalanan aku masih panjang..aku baru je 21 tahun..aku ada berpuluh-puluh tahun lagi untuk aku tempuh..banyak tempat lagi aku akan jejak dan banyak orang lagi aku akan jumpa..jadi aku rasa,ada baiknya aku teruskan hidup aku macam biasa..
Tipu la kalau aku tak rasa kosong..kehilangan tu terasa..tapi aku fikir,selagi aku ada kawan-kawan sekeliling,tak mungkin aku akan rasa perit..kawan-kawan adalah pertemuan terbaik aturan Tuhan..aku terima mereka macam mana mereka terima aku..so,selagi aku masih mampu berseronok,aku akan berseronok dengan kawan-kawan..jodoh,aku tunggu..
So,konklusinyer,aku rasa aku dan dia sampai kat sini je..lepas ni kalau dia nak datang jumpa aku,aku tak boleh nak halang,aku tak boleh nak larang..cuma satu je aku akan pegang,aku tak mungkin buka hati aku untuk dia sekarang..
Afiq Aizuddin,kita berakhir di sini..harap awak faham,walaupun air muka tenang,tak bermakna hati saya setenang tu..awak kena faham,bukan saya mintak semua ni..dan akhirnya kisah kita ni,saya kesal dan terkilan..mungkin bukan jodoh kita..maafkan saya..kita jumpa,kita kenal,kita kawan,kita bercinta dan akhirnya kita berpisah..semua tu indah bagi saya..dah tak mungkin saya akan lupakan..selamat tinggal..

No comments:
Post a Comment