Tahun ni,tahun terakhir kat sekolah rendah. Tahun ni jugak,UPSR. Abang Ameer dah dapat 5A,tinggal aku je pulak nak tambah kebanggaan keluarga. Tahun ni,aku still pengawas. Adik Qin masuk darjah satu, hari pendaftaran, aku yang tolong daftarkan adik,lagipun ibu sibuk dengan students yang nak masuk asrama.
Masa daftar,ramai kawan-kawan dari kelas tahun lepas,turun kelas. Tapi si A dan J tak. Ada je lagi dalam kelas tu. Menyampah la tengok si A, tergedik-gedik macam anak manja. Semua benda kena ikut cakap dia.Hari pertama,nakal gila. Baju dah koyak-koyak dan kotor. Terbukti kuat main-main dalam kelas.
Tahun tu,guru kelas Cikgu Zul,bujang tapi dah tua. Cikgu Zul ni kira macam ayah kami. Dia mengajar Bahasa Melayu. Kalau masuk kelas,mesti bawak Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Macam dah memang style dia. Cikgu Zul ni,kalau nak gambarkan dia,aku rasa sesuai jadi Doctor House dalam cerita House tu. Teringat si A,dia selalu kena denda dengan cikgu Matematik sebab tak buat kerja sekolah. Aku pun tak buat tapi aku pandai tipu. Hehe. Si J pulak,dia la kawan lelaki aku yang paling rapat. Semua ingat aku ada something dengan dia. Masa kelas tambahan malam,aku kongsi gula-gula dengan dia. Jalan berdua pergi dan balik kelas. Kadang-kadang kami gaduh, berlari satu koridor kejar-kejar. Siap bawa penyapu lagi. Jatuh tu tak payah cerita la. Memang dah selalu. Modal paling best,kalau gaduh mesti ejek nama parents. Pastu mesti aku mengadu kat ibu aku. Sebabnya,si J ni duduk hostel ibu aku. So,memang dia kena marah la dengan ibu aku.
Tahun ni,cikgu bahasa inggeris cakap budak-budak terpilih dapat pergi kelas elit,kelas tambahan eksklusif untuk top student seluruh daerah. Aku terpilih jugak. Mostly budak perempuan la. Kelas tu diadakan setiap Rabu atau Khamis dekat Sekolah Kebangsaan Bukit Jejulong. Kalau pergi kelas tu,dapat jumpa budak-budak dari sekolah lain. Ada seorang budak tu,classmates aku suka gossipkan aku dengan dia. Nama dia Raja. Tu je yang aku tahu. Sedar tak sedar,UPSR dah tiba. Masa tu memang takut dan berdebar. Sebab jadi harapan keluarga dan harapan sekolah.
Akhir tahun,aku sambut hari jadi kat sekolah.Satu kelas aku kasi goodie bag. Seronok campur sedih sebab tu dah last year dekat sekolah. Mana lah tahu dah tak dapat duduk sekali dah macam dulu. Satu hari tu,result UPSR di umumkan, Alhamdulillah, dapat jugak banggakan family dengan 5A. Masa tu merasa la naik pentas banyak kali. Boleh dikatakan,dari darjah tiga sampai darjah enam, tiap-tiap tahun mesti dapat hadiah.
Hari tu,hari last dekat sekolah. Sedih sangat-sangat sebab nak tinggalkan cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Tapi tak apa,mungkin nanti dah masuk sekolah menengah,dapat jumpa lagi.
(..to be continued..)

No comments:
Post a Comment