CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 14

Kisah Kita : The Propose (2008)

B dan A semakin hari semakin rapat. Terasa seperti lamunan cinta antara mereka. Kata- kata indah dari lisan A, mencairkan hati B. Siapa sangka. Bertahun-tahun berpisah,bertemu kembali Anggap saja itu jodoh. Masakan tidak, berkali kali menukar nombor telefon, berkali kali bertukar sekolah. Akhirnya bertemu juga.

Ketika itu, T masih lagi inginkan perhubungan dengan B. Sayang rasanya meninggalkan hubungan itu. Tapi apakan daya. Tiada kesungguhan dalam perhubungan,sedangkan itu yang paling penting sebenarnya. Sehinggalah suatu hari, B mendapat satu SMS, dari kakak angkat T, menyatakan T sekarang berada di wad. Kecewa katanya. Apabila dirisik,rupanya T dah buat satu kerja bodoh. Minum minyak tanah. Waktu tu perasaan bersalah hinggap di hati B. Dia tahu,mungkin salahnya meninggalkan T tatkala sedang indah dibuai cinta A. B buat keputusan,dia harus kembali pada T. Dia seharusnya memperbetulkan kesalahannya. Dia tidak mahu menjadi punca musnahnya hidup T. Waktu itu, B hanya mampu memohon maaf kepada A. Maaf kerana tersilap membuat pilihan. Mungkin bukan jodoh mereka. Masih diingat ketika itu, A sedang memandu, sehingga terpaksa berhenti di pingir jalan, merayu B supaya pertimbangkan keputusannya.

Akan tetapi B perlu kembali pada T meskipun hati sudah tersangkut pada A. Satu hari, digagahkan jua hati, mendail nombor telefon T. Ingin bertanya khabar. Tidak terjawab. Setiap hari dia mendail,sehinggalah suatu hari, terdengar suara serak di hujung talian. Sayu ketika itu,mendengar suara merdu satu ketika dulu, sudah tiada merdunya. Hanya ada suara serak yang hanya sesekali menjawab pertanyaan. Sakit katanya. Waktu itu, perasaan bersalah menggigit sanubari.

A pula masih mencuba. Masih menanti B. Mungkin waktu itu A tak tahu, B juga merindu. B berusaha selesaikan masalahnya dengan T. T kata,keluarganya sudah mula membenci B. Kerana B adalah punca. B sedar, B faham. Dan B sememangnya menjelaskan, siapa pemilik hatinya ketika itu, A. T dengan rela hati, melepaskan. kerana masing-masing sudah tahu. Mungkin tiada hujungnya kisah mereka.

B kembali kepada A,kembali menyusun langkah bersama-sama. Waktu itu, A memberitahu dia berpuasa. Bila ditanya,dia menjawab,

"Saya nazar puasa kalau awak kembali pada saya,bercinta dengan saya"

Waktu itu hanya Tuhan tahu betapa bahagianya perasaan B. Merasakan sangat ikhlas hasrat hati A kepadanya.


to be continued..



No comments:

Post a Comment