Hye there ! Semua tahu kan ape scroll ? Alah, segulung ijazah/diploma. Tahu ? Aku rasa budak tadika pun tahu kot sebab budak tadika pun ada ambik gambar pakai jubah dan pegang scroll kan ?
Okay. aku tulis ni sebab semalam masa aku tengoh chatting dengan Dila Mohd Rafi, aku terfikir. Apa sebenarnya yang aku nak selama aku belajar dari tadika sampai dah 21 tahun ni. Scroll. Yes ! Itulah dia. Memang la belajar untuk ilmu. tapi scroll ni lebih kepada bukti yang inilah hasil aku belajar sejak kecil.
Bagi aku, aku bukan belajar setakat nak tengok slip SPM semata-mata. Aku belajar untuk lebih lagi. Bila dah nak bergraduasi ni,aku rasa bangga. Walaupun segulung diploma,cukuplah untuk aku berhenti secara selesa di satu peringkat sebelum aku daki peringkat yang lebih tinggi. At least kalau aku jatuh,aku masih ada hentian tu. Ibaratnya aku daki tangga Batu Caves. Diploma ni macam pit stop kat tengah tengah. So dalam nak daki yang lagi tinggi tu, kalau aku tak mampu, aku boleh berhenti aje kat tengah tu. Ataupun kalau aku mampu dan berjaya,dikira bonus lah sebab aku dah tawan dua pit stops.
Seriously,memang aku berbangga,aku berjaya jugak pakai jubah graduasi dan pegang scroll tu. Kalau ada rezeki lagi,mungkin lepas ni aku akan pegang scroll ijazah pulak kan ? Ah,ijazah atau diploma tak penting. Yang penting, self satisfaction bila aku sendiri rasa berbaloi segala apa yang aku lalui, aku berjaya. Kalau ada yang bertanya buktinya ? Nah, scroll depan mata.
Okay,apa hal aku melalut pasal scroll kan ? Sebab aku baru aje check kat student portal pasal aku akan bergraduasi bulan 10 ni.
Tarikh : 27 Oktober 2011
Sidang : 11 (sesi petang)
Save the date okay.
Dan jangan lupa bawak bunga bagi kat aku.
Hikhik.
Chow !

No comments:
Post a Comment