CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 17

kenangan terindah aku dan kamu..

Salam semua,hari ini,start dari pagi,kami semua bz dengan test MUET. Anyway,Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Mungkin bagi aku,ada hikmahnya Tuhan permudahkan segalanya untuk aku semester ni..

Semua tahu,semester ni adalah semester akhir untuk semua,termasuk aku (kalau aku tak extend). Dan selepas je selesai dengan MUET,kami semua sibuk dengan preparation untuk BBQ dinner Mentor-Mentee. Semua yang terlibat adalah dari semester 6. 

Lebih kurang pukul 5.30 petang,sebanyak lebih kurang 7 buah kereta ke Pantai Cahaya Bulan. Kami semua sepakat untuk ber BBQ kat sana. Seronok walaupun ramai orang kat PCB tu. Dah sset up semua,kami pun bakar-bakar la..Hehe.. Seronok men api ni walaupun bahang panas tu kadang-kadang sakitkan muka. 

Part paling best dan menjadi kenangan untuk aku,adalah part bila kami semua buat bulatan,dan luahkan perasaan masing-masing. Semua tu takde dalam perancangan,dan kami semua,take part kecuali beberapa orang yang dah balik. Start je acara tu,aku dah start sedih. Sebab,semua orang bercerita tentang pengalaman dan perasaan masing-masing selama 3 tahun kat Kelantan ni.. 

Giliran berganti giliran,sampai je giliran Kak Sha,aku dah memang banjir,sebab teringat kisah antara kami dulu. Menang waktu tu,semua roomates aku dulu menangis. Tak tertahan sebak,dan tak rasa malu langsung,aku menangis je sepuas hati. sampai lak giliran Atul,lagi sekali aku menangis. Terasa indahnya persahabatan kami,walaupun pernah suram suatu ketika dulu. Saat dia ucapkan kembali apa yang aku pernah cakap "kita bermula dengan indah,berakhir dengan indah..'' waktu tu memang aku terasa bertuah,dapat diberi peluang untuk bermaafan secara proper. 

Bukan kami je,malam kawan-kawan aku yang lain,yang dulunya datang dari blik lain,semua menangis, terkenang kenangan suatu ketika dulu,masa tu semua orang datang tanpa siapa-siapa.Mana yang ada masalah,semua settlekan malam tadi. Kira macam dah majlis mintak restu pun ada,semua menangis dan berpelukan. Macam dah nak balik kampung esok. Padahal semua orang tak ambik paper final lagi. 

Anyway,tu kenangan terindah aku. dan aku tahu,ke mana pun aku akan pergi lepas ni,aku ada kawan yang tak mungkin aku akan tukar dengan apa benda sekalipun. Aku ada Fit,Didi,Shytie,Atul,Kak Sha,Fira,Majidah,Dieha,Dieba,Yana,Syasya dan kawan-kawan yang lain yang bagi aku cukup berharga.Ingat satu benda :

"..Kita bermula dengan indah,dan berakhir juga dengan indah.."


No comments:

Post a Comment