CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 12

feel relief.

Salam semua..1st thing nk tanya,korang berminat tak nk cuba projek aku ? Modal RM 30 je taw. Hehe,sebenarnya bukan apa,hari ni aku dah selesai buat VIVA final project..kan mulanya VIVA tu tarikhnya 12hb tapi terpaksa diawalkan sehari sebab dateline carry mark dah dekat. So,nak tak nak,terpaksa present awal sehari. Semua memang cuak nak siapkan projek masing-masing. Plus,aku punyer projek ni sensitif sikit,tak leh kasar-kasar. So,kisahnya,kami pun gather kat physics lab dari petang dan sambung sampai ke malam. Meriah la jugak lab malam semalam sebab semua orang datang kecuali beberapa orang yang dah settle projeknyer. Sampaikan lab tu dah jadi tempat berkelah,kami makan nasik bungkus dalam tu,nasib baik ada Protex,boleh wat basuh tangan. Haha.

Okey,ceritanya pasal projek aku,semalam dia buat hal lagi,wayar asyik terputus dan tercabut,nasib baik ada Encik Nik,pembantu makmal yang baik hati tu. Dia tolong adjustkan kasi menjadi aku punya,dan kasi biar dah tak rosak dah. So hasilnya,pagi tadi aku present dengan penuh jayanya walaupun suara ala-ala Ella yakni aku memang tak dapat nak cure melainkan aku just present dengan kuat supaya panel jelas dan faham apa yang aku cakap. Panel macam biasa,bila dah present ala-ala gempak (walaupun tak) dan bila di test,semuanya menjadi,soalan pun simpan tuk presenter lain la. Syukur la aku boleh buat dengan baik dan dapat feedback dari panel dengan baik. report pun da settle, sekarang tunggu markah dan gred jer. Harap-harap memuaskan sebab ni dah final sem dan kami semua bg 150% effort dalam projek ni.

Dengan present ETR yang dah abes jugak,sekarang aku boleh ah duduk rileks sikit. Cumanya,sekarang ada lagi kelas-kelas yang berjalan macam biasa dan aku rasa macam dah tak bersemangat nak pergi. Harapnya aku still boleh habiskan,demi nak grad dengan kawan-kawan yang lain. Entah kenapa,aku rasa semester ni aku ok berbanding semester lain..cuma kebelakangan ni aku malas.. MALAS,tu musuh utama aku sekarang. Entahlah,aku memang tak mampu lawan agaknya.but anyway,i'll try. 

Well,batuk berserta demam dan selsema memang tambahkan lagi kemalasan aku. membuatkan aku memang rasa nak baring je sepanjang hari tapi terus terang aku cakap,aku segan la kalau tak pergi kelas,kalau dulu aku rasa biasa,semester ni aku segan kalau aku tak pergi kelas,even kalau aku sakit,aku serba salah..tapi ada jugak sesekali aku memang tak pergi. Anyway,batuk ni menjadi-jadi pulak,sampaikan kerongkong ni luka,dan aku buat keputusan tuk cari ubat.Dan hasilnya,aku tengah lalok ni,sebab Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika memang sedap dan boleh buat aku ketagih. So,rasanya nak tido ni,good nite. 

No comments:

Post a Comment