Assalamualaikum semua. Hari ini aku decide nak share semua benda yang aku tak tulis selama aku tinggalkan cik blog. So aku rasa, aku akan tulis secara ekspress dan cuma cakap few main events yang terjadi dalam hidup aku.
- Miss Asus terkena virus gara-gara aku gatal tangan klik email nonsense. Nasib baik ada si dewa yang tolong format secara free. Terima kasih okay.
- Setiap weekend di Jengka mesti ada event. Kalau tak balik kampung, mesti pergi jalan-jalan. Kami pernah pergi Star Mall kat Mentakab dan pergi Gambang Waterpark. Weekend baru baru ni pun, pergi Mentakab lagi. Sebabnya, Mentakab ada wayang. Murah pulak tu.
- My brother akan naik kapal this week. Sedih jugak sebab tak dapat send him off tapi sempat lah jumpa kali terakhir. Nasib baik bila balik hari tu, sempat jumpa. Kalau tak, lagi berganda-ganda sedihnya.
- Kereta aku, aku namakan Ricky. Sejak duduk Jengka ni,dua kali je aku hantar Ricky pergi carwash. Selebihnya aku basuh sendiri kat rumah. Sebab carwash kat Jengka ni kelentong bila tengok driver perempuan.
Latest, tadi aku pakai inai. Inai ni mak Shytie beli masa dia pergi umrah. So Shytie balik kampung, bawak datang inai tu, kami pun apa lagi, main main pakai inai. Sekarang semua jari jemari dah berinai, macam upacara kahwin beramai-ramai pulak jadinya. Hehe. Ouh, this weekend aku balik cuti mid term. Bawak balik Ricky sekali. Sebab nanti kat Terengganu, senang nak berjalan-jalan kalau ada Ricky. Hehe.
Rasanya itu je lah kot. Nanti aku akan update macam biasa, apa aktiviti aku setiap hari. So that's all. Good bye and have a good day.
xoxo,
Meera Qiesh.

No comments:
Post a Comment