CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 26

luar kasar tapi hati suci.

Aku terfikir nak tulis tentang luaran kasar tapi hati baik ni sebab lately ni,kebiadapan aku dan kroni-kroni makin menjadi-jadi. Entah kenapa, semua benda nak di-babi dan di-kimak. semua benda nak dicarutkan. Macam dah jadi bualan biasa pulak. Haha. Kalau yang tak berkenan tu sila lah pangkah window eh. 

Ni aku nak cerita, entah kenapa terbit dalam hati, ada ke orang nak pandang perempuan kasar ni ? Ekceli, tak semua yang kasar ni akan berterus-terusan kasar. Kami awek-awek kasar ni sebenarnya ada dalaman yang manja.Cuma manja kami dengan orang tertentu. Sebab itu aku tulis kat bio, kadang-kadang aku ini gedik mengada-ngada.

Aku tak nak ambil contoh jauh, aku just contohkan diri aku. Aku asalnya tidaklah semanja atau sekasar mana. Sedang-sedang saja cuma bila berkawan,kasar itu satu chemistry. Kalau tak kasar, tak mesra katanya. "Babi" "Bangang" "Bodoh" "Sial" memang dah agak sebati. Namun begitu (cehh,macam essei BM), ada jugak waktunya aku lagi suka bermanja. Aku cuma bermanja dengan keluarga aku. Ibu,Ayah,Adik,Abang, dan sedara mara lain. Rasanya memang mereka tahu,ada waktunya aku macam singa,dan ada waktunya aku macam budak kecil. Aku juga akan suka bermanja dengan orang-orang yang aku sayang. Dengan buah hati (oh,ex okay),dengan kawan-kawan rapat dan dengan teman-tapi-mesra. 

Ada yang mungkin pelik,kalau satu ketika aku macam kasar tapi selepas satu ketika,aku manja. Tak payah pelik okay. Tu memang sifat semulajadi aku. Aku punya manja, orang tertentu aje boleh rasa.

Oh berbalik pada topik, rasanya spesis pakwe-pakwe pun tak nak awek-awek ni 100% manja kan ? mesti nak ada variasi sikit kan ? So,tak pelik lah perangai kami-kami ni kan ? So,apa lagi ? Saya memang single ni. Hahaha. 

Sometimes kita tengok orang manja ni,kita fikir dia baik. Orang kasar ni,kita fikir dia teruk. Tapi mostly aku kena, yang kasar itu sebenarnya baik dari yang manja. Yang manja dan malu malu kucing ini sebenarnya banyak selit perasaan yang kita tak tahu. Ada yang nampak baik dan tawadduk, tapi kat belakang macam anak setan. Pendiam tapi perangai boleh tahan merenyam. Dan sebetulnya bila kita kasar,kita cenderung untuk berkata-kata benar. Kita suka open minded. Nak cakap benda-benda sensetif pun senang. 

Its not like aku mempromosikan diri aku supaya orang cakap aku baik,that other person jahat,this girl baik,that boy jahat,that boy bagus and this girl macam cilaka. Tak ! Its just aku nak remind, seseorang punya dalaman,tak semestinya sama macam yang kita nampak luaran. So,don't judge a book by its cover okeh ?

Kalau tak kasar,rimas pulak kan ?
Kalau tak manja, tak sweet pulak kan ?
Kalau separuh-separuh ?
Terbaekk lah kan ?

Ok. Tu je sebenarnya. Nak merepek panjang pasal perangai manusia. Assalamalaikum :)

No comments:

Post a Comment