Hai semua. Entah kenapa hari ni hati rasa tak tenang.Aku tak tahu kenapa aku rasa tertunggu-tunggu,kalau-kalau dia perlukan aku,atau dia mungkin akan cari aku. Tapi ternyata tak. Langsung tak.
Aku rasa betul lah, aku ini bukan siapa-siapa untuk dia. Aku tak ada dalam hidup dia, langsung tak beri apa-apa kesan pada dia. Mungkin ya,dia berbahagia. So nampaknya aku kat sini ajelah yang selalu fikir positif sedapkan hati sendiri. Sudahnya aku ini kena tinggal bodoh aje.
Tipu kalau aku tak rindu,tak sedih. Tiap hari aku tunggu,aku tertanya-tanya dia rindu aku ke tak. Tapi sekarang aku rasa jawapan dah jelas depan mata. Dia tak ingat aku pun. Langsung tak.
Entah kenapa aku asyik rasa tak tenang. Mungkin sejak aku datang bulan,aku tak solat dan tak doa supaya Allah tenangkan hati aku. Mungkin lah kot. Sebab sejak 3 Januari aku decide untuk berserah sepenuhnya pada Allah,aku tak putus-putus berdoa supaya aku tenang dan menerima segala ketentuan-Nya.
Ya,sejak 3 Januari,aku memang betul-betul tak contact dia. Aku dah tak stalk dia,aku delete nombor dia tapi sayangnya,semua tu aku dah hafal. Susah nak lupakan tapi Alhamdulillah,aku tenang. Cuma semenjak dua ni aku kembali tak tenang. Tambah pulak sekarang walaupun tak dapat stalk,aku dapat tengok dia komen dengan kawan-kawan kami. So aku tahu dia online dan teruskan hidup dia macam biasa walaupun aku jauhkan diri.
So ternyata aku tak beri apa-apa kesan pada dia. Sungguh,aku penat sangat-sangat dengan keadaan macam ni. Sampai bila aku akan macam ni ? Kalau boleh aku jerit,luahkan segalanya pada dia,mahu aku jerit sepuas hati aku.
Afiq,
kenapa awak layan saya macam ni ?
kenapa awak gantung hubungan kita macam ni ?
awak tak lepaskan saya,tak jugak bahagiakan saya ?
apa lagi yang awak perlu dari saya ?
cukuplah awak bahagia dengan orang lain,
pergilah. saya dah penat.
sejuta kali saya sayang awak pun,
awak tak pernah faham.
tolonglah.
saya lagi rela sendiri.
daripada dilayan macam ni.
pergilah.
tolong pergi.
bukan sebab saya tak cinta.
sebab awak sendiri tahu perasaan saya.
pergilah jauh jauh.

No comments:
Post a Comment