CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 5

Entry Before Arrive Jengka.

Assalamualaikum semua. Entry ini aku taip sambil aku tengok tv dekat rumah uncle aku di Kuantan. Actually kami sekeluarga ( ayah,ibu,adik & aku) transit di Kuantan semalaman before proceed ke Jengka subuh esok. Salah seorang housemate aku nanti, Shytie dah pun ada kat sana untuk check out dulu benda-benda kat sana.

Sebenarnya aku menulis ni dengan perasaan agak sayu sebab banyak benda yang aku tinggalkan kat rumah. Kalau boleh,satu bilik aku nak bawak sekali ke Jengka. 1st,aku tinggalkan Bobo dan Tommy. Entah macam mana aku nak tidur kat sana sedangkan before this aku akan tidur dengan both teddies tu. Sumpah. Tadi rasa macam nak patah balik untuk ambil tapi bila fikir-fikir, aku kena bergerak ke depan. aku tak boleh terus tinggal dalam kenangan.

Then fikirkan aku tinggalkan nenek dan moyang aku. Rasa sayu. Sebab aku rasa rapat sangat-sangat dengan mereka lagi lagi sepanjang cuti 4 bulan ini.

Okay,esok pagi pagi lagi aku akan ke Jengka. Sekarang ni tengah prepare dokumen untuk tunjuk kat orang UITM tu esok. Agak cuak la takut ada benda benda yang aku tertinggal tapi hopefully tak ada. Setakat ni semua benda ada dengan aku. Kalau ada yang tertinggal,memang cuak giler lah kot.

Hurm,aku tak rasa nak tulis panjang malam ni sebab aku rasa pening nak fikir semua ni. So sehingga next entry yang aku sendiri tak tahu bila akan boleh aku tulis,aku ucapkan selamat tinggal dan please,doakan kesejahteraan  aku kat Jengka.



xoxo,
Meera Qiesh.

No comments:

Post a Comment