Entah kenapa,hari ini aku rasa kesian pada diri aku sendiri. Walaupun siang tadi aku keluar dengan kawan-kawan,sudahnya bila malam,aku termenung,mengenang nasib. Bila difikirkan,aku kesian pada diri sendiri. Hidup bagaikan zombie, kadang-kadang aku kuat, kadang-kadang aku tewas.
Aku rasa mungkin balasan sebab aku gatal kaki masuk kedai cenderahati, ternampak dua orang pakwe tengah tunggu pekerja bungkuskan teddy bear dalam kotak. Barangkali hadiah sempena Hari Kekasih esok. Entah kenapa, teringat semua kenangan lama. Sungguh.
Rasa sedih hinggap di dada. Selama aku dengan dia, tak ada satu waktu pun ke, dalam hati dia ada aku ? Lepas tu tiba-tiba ter-imagine, kalaulah satu hari Tuhan jemput aku, waktu itu mungkin baru dia ingat aku, baru dia datang jenguk aku. tapi waktu tu, dia aje lah yang boleh tengok aku. Aku dah tak boleh. :(
Setiap hari aku tunggu, ada tak waktunya dia cari aku,berkongsi cerita dengan aku. Hampa. Tak ada dan mungkin takkan ada.
Sesak dada aku, tiap kali tahan airmata dari menitis, tapi sudahnya dada sakit,hati terluka dan mata tetap bengkak. Setiap kalinya,memang begitu.
Awak,saya bukan harapkan awak kembali. Saya bukan harapkan kita jadi macam dulu. Saya cuma harap, kita berdua, berakhir dengan sempurna. Supaya satu hari nanti, andai kita bertemu kembali, saya dan awak, kita berdua boleh duduk semeja, bercerita tentang segala hal, dan bukannya kita saling berpaling, dan saya akan balik rumah,termenung dan menangis, masih mencari di mana silapnya hubungan kita. Sekurang-kurangnya, kita tahu,mana puncanya sehingga kita tak bisa bersama. Dan kita masih boleh teruskan hidup kita, dengan bahagianya, biarpun tak bersama.
Saya doakan awak bahagia, dunia dan akhirat, walau di mana, dan dengan siapa pun awak pilih untuk jalani hidup bersama.
p/s : lega akhirnya,tertulis di sini dan terluah semua rasa :)

No comments:
Post a Comment